KANGAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan usul menzahirkan pendirian mengutuk kekejaman rejim Israel melakukan jenayah dunia serta penindasan terhadap rakyat Palestin.
Usul itu dikemukakan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli yang kemudian disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis Asrul Aimran Abd Jalil.
Semasa mengemukakan usul itu, Mohd Shukri antara lain mencadangkan tiada sebarang program hiburan berbentuk nyanyian dan tarian melalaikan sewaktu ambang tahun baharu nanti di negeri itu.
"Kerajaan negeri Perlis mengharapkan sokongan rakyat Malaysia khususnya di Perlis tidak berhenti setakat ini sahaja. Ketika mana kita masih menganjurkan pelbagai program hiburan yang terus melalaikan, saudara kita masih ditembak mati dan syahid di sana.
"Ketika mana kita mampu menyiapkan anak-anak kita untuk hadir ke sekolah, anak-anak lelaki Palestin baru-baru ini ditangkap dan disoal siasat oleh tentera Israel serta melebihi 300 buah sekolah terjejas dan tidak dapat beroperasi," katanya pada persidangan DUN itu di Kompleks DUN di sini hari ini.
ADUN blok kerajaan negeri dan pembangkang iaitu Fakhrul Anwar Ismail (PN-Bintong) dan Gan Ay Ling (PH-Indera Kayangan) mengambil bahagian membahaskan usul itu sebelum ia diluluskan Sidang DUN Perlis.
Semasa membahaskan usul itu, Gan mengajak semua bersama-sama merenung dan merasai kepedihan melanda tanah Palestin yang terus menderita akibat konflik berlarutan malah perjuangan di Palestin bukan sekadar pertikaian politik tetapi ia juga mencerminkan perjuangan kemanusiaan.
"Palestin, sebuah tanah yang penuh dengan sejarah dan warisan budaya, kini digoncang oleh kekejaman dan ketidakadilan. Kemanusiaan diperlukan sekarang lebih daripada sebelumnya untuk memberikan suara kepada mereka yang terpinggir dan merayu untuk hidup dengan martabat," katanya.
Sementara itu, Fakhrul Anwar antara lain menyebut negara Islam wajib segera bersolidariti membentuk blok kuasa berkesan bagi membantu Palestin serta bingkas dalam menggerakkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada seperti kuasa bekalan minyak mentah, ketenteraan dan kempen memboikot barangan Israel serta negara sekutunya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
ADUN blok kerajaan negeri dan pembangkang iaitu Fakhrul Anwar Ismail (PN-Bintong) dan Gan Ay Ling (PH-Indera Kayangan) mengambil bahagian membahaskan usul itu sebelum ia diluluskan Sidang DUN Perlis.- Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.
14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.
23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.